Diskaun 20% selama 24 jam
Category: Publication - Harian Metro
Kuala Lumpur - Sempena perayaan Deepavali, diskaun dan rebat tol daripada 10 hingga 20 peratus akan dinikmati oleh kenderaan persendirian yang menggunakan sebahagian besar lebuh raya di seluruh negara pada 10 November ini mulai jam 12 tengah malam hingga jam 11.59 malam.
Antara yang menawarkan diskaun tol 10 peratus ialah Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Shah Alain (KESAS) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
Plus Malaysia Berhad (PLUS) pula mengumumkan pemberian rebat tol sehingga 20 peratus kepada pengguna lebuh rayanya sempena perayaan Deepavali kali ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad Mohammad Fuad Khusairi berkata, rebat tol itu hanya diberi kepada pengguna kenderaan kelas satu kecuali teksi yang membayar menggunakan sistem elektronik iaitu menerusi kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go dan SmartTAG pada hari berkenaan.
"Rebat tol 20 peratus itu akan dimasukkan ke dalam kad Touch 'n Go atau kad PLUSMiles pengguna (dalam bentuk tambah nilai) di antara 15 Disember 2015 sehingga 14 Mac 2016 di semua pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS.
"Bagaimanapun, rebat tol itu tidak diberikan untuk pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang," katanya dalarn satu kenyataan, semalam.
PLUS adalah syarikat konsesi yang mengendalikan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Jambatan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).
Pengendali Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn Bhd akan mengedarkan kad Touch 'n Go percuma sempena Deepavali.
Pengurus Besar Kanan Grand Saga A Rajasolan dalam satu kenyataan semalam berkata, 1,400 kad Touch 'n Go yang mempunyai nilai RM4 akan diedarkan di lorong tunai di Lebuh Raya Cheras-Kajang Isnin ini.
--- Back to News Listing ---