PDRM terima 14 kenderaan peronda
Date: Saturday, 26 March 2011
Category: Publication - Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 25 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima 14 buah kenderaan yang disumbangkan oleh Kumpulan MTD sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini.
Kenderaan itu terdiri daripada 13 buah kereta jenis Mitsubishi Lancer 2.0 dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero Sport yang akan digunakan oleh PDRM bagi mengawasi pengguna lebuh raya yang diuruskan Kumpulan MTD.
Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid berkata, penyerahan kenderaan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat berkenaan.
"Diharapkan melalui sumbangan ini, pengawasan polis di lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur-Karak serta sambungannya di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu menjadi lebih efisien," katanya.
View news clipping
--- Back to News Listing ---