Media News Coverage

Terowong Genting Sempah hala Timur ditutup

Date: Monday, 13 June 2016
Category: Publication - Berita Harian



KARAK: Terowong Genting Sempah hala timur akan ditutup bermula esok sehingga Jumaat ini bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan raya.

Pengendali konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad, memaklumkan penutupan bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam.

Susulan itu, laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala barat akan diaktifkan bagi memudahkan pengguna lebuh raya yang menghala ke timur.

"Ini adalah kerja berkala dan mendapat kelulusan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengguna LPT disaran melayari akaun rasmi Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan akaun Twitter @LPTTrafik atau menghubungi 09-5479111 bagi perkembangan terkini.

--- Back to News Listing ---