Media News Coverage

Sistem RFID terganggu sementara di Plaza Tol Bentong

Date: Sunday, 12 May 2019
Category: Publication - Utusan Online



KUALA LUMPUR 12 Mei - Anih Berhad, syarikat konsensi Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) memaklumkan berlaku gangguan sementara sistem identifikasi frekuensi radio (RFID) di Plaza Tol Bentong arah Barat, hari ini.

Susulan itu, pihak Anih Berhad sedang giat menjalankan kerja-kerja pembaikan bagi melancarkan perjalanan orang ramai.

"Pengguna dinasihatkan menggunakan kad Touch 'n Go buat sementara waktu sehingga kerja pembaikan selesai," menurut kenyataan itu.

Pengguna boleh layari laman sosial Twitter dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk memperolehi maklumat terkini berhubung isu itu. - UTUSAN ONLINE

--- Back to News Listing ---