Media News Coverage

Itu insiden lamalah...

Date: Tuesday, 28 May 2019
Category: Publication - Harian Metro


KONSESI Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ANIH Berhad menafikan penularan gambar kononnya berlaku tumpahan minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi, Bentong hari ini.

Jurucakap ANIH Berhad berkata, sebaliknya gambar yang ditularkan itu adalah insiden lama yang berlaku pada 10 April lalu di Kilometer (KM) 46.2- KM 46.8 membabitkan kemalangan treler.

Katanya, orang ramai terutama pengguna lebuh raya itu diminta tidak mempercayai sebaran maklumat yang tidak tepat seterusnya boleh menimbulkan kekeliruan.

"Kita minta orang ramai berhenti berkongsi dan menularkan maklumat tidak benar itu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan," katanya ketika dihubungi di Kuantan hari ini.

Penularan gambar dan mesej menerusi aplikasi Whatsapp tersebar sejak hari ini kononnya berlaku tumpahan minyak diesel di susur masuk ke Bukit Tinggi, Bentong sebelum dinafikan ANIH Berhad.

Jurucakap itu menasihatkan pengguna lebuh raya konsensi itu supaya mengikuti perkembangan trafik di laman Twitter rasmi @LPTTrafik atau Facebook rasmi Lebuhraya Pantai Timur untuk maklumat lanjut.

--- Back to News Listing ---