Media News Coverage

#PasangSokmo dan #MohSinggah – Tema kempen keselamatan ANIH Berhad

Date: Wednesday, 22 January 2020
Category: Publication - FUNTASTICKO

ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Pantai Timur bagi komponen Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) semalam telah melancarkan Kempen Keselamatan Lebuh Raya bertemakan tanda pagar #PasangSokmo dan #MohSinggah.

Kempen #PasangSokmo ini diperkenalkan untuk mengajak pengguna KLK dan LPT 1 membudayakan amalan untuk sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu yang mampu menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku kemalangan.

Kempen #MohSinggah pula bertujuan untuk mengajak pengguna KLK dan LPT 1 berhenti rehat seketika di R&R atau di Hentian Rehat Sebelah di sepanjang LPT sebelum meneruskan semula perjalanan.

Kempen ini adalah hasil sinergi Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan lagi kesedaran pengguna tentang aspek keselamatan serta keperluan untuk berhenti rehat selepas dua jam memandu.

Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan lagi kes kemalangan maut di lebuh raya akibat faktor keletihan dan tidak memakai tali pinggang keledar. Kempen ini telah dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Mohd Shuhaimi Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia, Encik Mohd Nasri Bin Ishak.

Sumber : Lebuhraya Pantai Timur

--- Back to News Listing ---