Media News Coverage

Itu gambar lama - ANIH

Date: Wednesday, 04 November 2020
Category: Publication - Harian Metro

Kuantan: Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad (ANIH) meminta orang ramai tidak menyebarkan gambar kejadian banjir didakwa berlaku Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1.

ANIH dalam kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa gambar yang tular mengenai dakwaan kejadian banjir di Kilometer 113.3 arah timur (Lanchang) adalah insiden lama.

Sehubungan itu, menurutnya, syarikat itu memohon supaya orang ramai tidak menyebarkan gambar terbabit kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan suasana panik.

"Justeru, pengguna dinasihatkan supaya melayari laman sosial rasmi syarikat iaitu Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk keadaan trafik terkini.

"Pengguna juga boleh menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/638152/itu-gambar-lama-anih

--- Back to News Listing ---