Media News Coverage

BANJIR LPT PALSU

Date: Wednesday, 04 November 2020
Category: Publication - Sahih

TEMERLOH: Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan ANIH Berhad (ANIH) memaklumkan telah berlaku penularan gambar kejadian banjir di KM113.3 arah timur (Lanchang), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1, baru-baru ini adalah palsu.

Penularan gambar palsu itu berlaku beberapa hari ini susulan berlaku kekerapan hujan di sekitar Lanchang, namun ia tidak mengakibatkan sebarang kejadian banjir seperti didakwa dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Jurucakap ANIH berkata, sehubungan itu, syarikat memohon supaya orang ramai tidak menyebarkan gambar palsu tersebut kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan orang ramai, khususnya pengguna lebuh raya itu.

Justeru, pengguna dinasihatkan supaya melayari laman sosial rasmi syarikat iaitu melalui Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk mengetahui keadaan trafik terkini.

Pengguna juga boleh menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan.

https://sahih.com.my/berita-banjir-di-lanchang-palsu/

--- Back to News Listing ---