Media Press Release

LEBUHRAYA PANTAI TIMUR BERI 10% DISKAUN TOL PADA PENGGUNA TOUCH ‘N GO DAN SMARTTAG SEMPENA TAHUN BARU CINA

Date: Monday, 09 February 2015
Category: Announcement

Kuala Lumpur, 9 Februari 2015 – Pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang menggunakan kemudahan Touch ‘n Go dan SmartTAG akan menikmati 10% diskaun tol bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

Pemegang konsesi LPT, ANIH Berhad melalui Pengarahnya Nik Fauzi Nik Hussein berkata pemberian diskaun tol ini adalah sejajar dengan seruan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan bayaran tol secara elektronik dan juga melancarkan aliran trafik di waktu puncak. Nik Fauzi juga menganggarkan sejumlah 60% pengguna akan menikmati diskaun pembayaran elektronik di sepanjang lebuh raya ini.

Nik Fauzi juga menasihati pengguna LPT supaya berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan ini.

Diskaun tol itu akan bermula pada 19 Februari, 2015 pada jam 00:01 pagi hingga 11:59 malam.

LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu. Pengguna jalan raya boleh mengikuti laporan terkini LPT di akaun Twitter @LPTTrafik atau lawati www.anihberhad.com.

--- Back to News Listing ---