Media Press Release

KOMITED

Date: Wednesday, 07 January 2015
Category: Publication - Utusan Malaysia

jalano1


SYARIKAT konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Anih Berhad di bawah inisiatif tanggungjawab social korporat (CSR) menghantar seramai 30 sukarelawan untuk membantu usaha pembersihan kawasan yang terjejas berikutan bencana banjir di Temerloh, Pahang, semalam.
Pasukan sukarelawan terdiri daripada warga keria LPT mewakili tiga seksyen ialtu Kuantan, Temerloh dan Genting Sempah tersebut akan menjalankan kerja-kerja pembersihan balai raya. rumah orang tua dan rumah kakitangan yang terjejas akibat banjir.
Mereka akan menggerakkan aset syarikat untuk meringankan beban penduduk kampung bermula dari Kampung Baru Bintang. Sanggang, seterusnya ke Kampung Sanggang Seberang.
SEBAHAGIAN sukarelawan skuad CSR LPT bergotong royong membersihkan Balai Raya Kampung Baru Bintang. Temerloh, Pahang. semalam.

--- Back to News Listing ---