Media Press Release

AIIoyMtd sumbang bantuan pasca banjir kepada penduduk Temerloh

Date: Saturday, 31 January 2015
Category: Publication - Kosmo!

jalano1SABER! (berdiri di depan, empat dari kanan) menyerahkan sekampit beras kepada seorang penduduk yang menjadi mangsa banjir di Kampung Bintang, Temerloh baru-baru ini.


BERI SUMBANGAN. Kumpulan AlloyMtd bersama 30 kakitangan turun padang memberi bantuan pascabanjir kepada penduduk Kampung Bintang,
Temerloh, Pahang yang terjejas teruk akibat banjir besar baru-baru ini. Bantuan yang diberikan berupa barangan keperluan harian seperti makanan, perkakas dapur, barangan cucian, kelengkapan tidur dan juga persiapan persekolahan kepada 30 buah rumah yang diperolehi hash daripada kempen bantuan mangsa banjir yang dilakukan oleh syarikat tersebut selama seminggu.
Penolong Naib Presiden ANIH Berhad, Saberi Wan Salleh berkata, banyak barang keperluan harian telah musnah akibat banjir dan pihak syarikat memahami keperitan yang dirasai oleh penduduk kampung dan menerusl inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu juga syarikat dapat memupuk sikap saling bantu-membantu dan mengeratkan lagi hubungan yang terjalin.
"Misi bantuan banjir ini bukan kali pertama bagi pihak syarikat, malah pada 6 hingga 7 Januari lalu juga warga kerja AlloyMtd secara sukarela membantu dalam kerja-kerja pembersihan balai raya, rumah prang tua dan rumah kakitangan bermula dari Kampung Baru Bintang, Kampung Sanggang dan Kampung Sanggang Seberang, Temerloh yang terjejas akibat banjir," katanya.

--- Back to News Listing ---