Media Press Release

Anih Berhad rai golongan OKU

Date: Thursday, 19 February 2015
Category: Publication - Utusan Malaysia

jalano1PENGARAH Anih Berhad. Nik Fauzi Nik Hussain (paling kanan. bertopi) bersama-sama warga PDK Ceria bergotong-royong mengecat kawasan sekitar PDK. Turut kelihatan Puan Radzimah Radzi. Naib Presiden Kanan. Anih Berhad (tengah).


KUALA LUMPUR18 Feb. - Pengendali konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Anih Berhad meraikan seramai 60 orang kurang upaya (OKU) dari rumah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ceria dan rumah PDK Perting, Bentong sempena Tahun Baharu Cina. Pengarah Anih Berhad, Nik Fauzi Nik Hussein berkata, kira-kira 30 sukarelawan dari syarikat itu turut menjalankan aktiviti gotong-royong membersih dan mengecat kawasan PDK Ceria.
"Suasana bertambah ceria apabila penghuni PDK Perting yang terletak kira-kira 10 kilometer dari PDK Ceria turut serta menyambut perayaan tersebut. Kesemua kanak-kanak diceriakan dengan aktiviti senamrobik, pertunjukan silap mata dan badut serta nyanyian.
"Pihak LPT amat gembira apabila berpeluang mendekati masyarakat setempat dan mengadakan aktiviti bersama serta berkongsi kegembiraan Tahun Baharu Cina bersama warga kurang upaya terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Nik Fauzi, aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan dapat memupuk sikap keprihatinan yang tinggi dalam membantu golongan kurang bernasib baik.
"Angpau telah diberikan kepada warga PDK kedua-dua rumah Ceria dan Perting sebelum program berakhir," katanya.

--- Back to News Listing ---