Media Press Release

LEBUHRAYA PANTAI TIMUR BERI 10% DISKAUN TOL PADA PENGGUNA TOUCH 'N GO DAN SMARTTAG SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Date: Sunday, 05 July 2015
Category: Announcement



SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA


LEBUHRAYA PANTAI TIMUR BERI 10% DISKAUN TOL PADA PENGGUNA TOUCH 'N GO DAN SMARTTAG SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI


Kuala Lumpur, 6 Julai 2015 - Pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) yang menggunakan kemudahan Touch 'n Go dan SmartTAG akan menikmati diskaun tol sebanyak 10% bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Pemegang konsesi LPT 1, ANIH Berhad melalui Pengarahnya Nik Fauzi Nik Hussein berkata, diskaun yang diberikan kepada pengguna Touch 'n Go dan SmartTAG adalah untuk memudahkan para pengguna dan menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik. Ini selaras dengan seruan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat di musim perayaan dan menjadikan mod pembayaran tol secara elektronik sepenuhnya di jaringan lebuhraya di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Nik Fauzi menambah, bagi kemudahan para pengguna, LPT 1 menyediakan lorong mod campuran (tunai dan Touch 'n Go) untuk memastikan trafik bergerak dengan lancar dan kenderaan tidak bertumpu hanya kepada lorong Touch n Go dan Smarttag sahaja . Nik Fauzi juga menasihati pengguna LPT 1 supaya berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan ini.

Diskaun tol itu akan bermula pada 17 Julai , 2015 pada jam 00:01 pagi hingga 11:59 malam.

LPT 1 bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu. Pengguna jalan raya boleh mengikuti laporan terkini LPT 1 di akaun Twitter @LPTTrafik atau lawati www.anihberhad.com.

***Tamat***


Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

  1. Fazlyaton Hussein, Ketua, Jabatan Komunikasi di
    fazlyaton.hussein@alloymtd.com

  2. Hafizah Mohd Sabri, Eksekutif Kanan, Komunikasi di
    hafizah.sabri@alloymtd.com

  3. Sofia Roseli, Eksekutif Komunikasi di
    sofia.roseli@alloymtd.com


Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi
AlloyMtd Group


1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111 Fax : 03-6188 0101 Website : www.alloymtd.com

--- Back to News Listing ---