Media Press Release

Tol guna sistem elektronik penuh

Date: Wednesday, 09 September 2015
Category: Publication - Sinar Harian


Dr Azmil (memegang bendera) merasmikan program pelaksanaan ETC jam 12 tengahari kelmarin.



GOMBAK - Pengguna tol Gombak dan Bentong di Lebuhraya Karak Kuala Lumpur menggunakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya bermula jam 12 tengah hari kelmarin. Ketua Pegawai Eksekutif Anih Berhad, Datuk Dr Azmil Khalid berkata, pelaksanaannya adalah seiring hasrat kerajaan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Menurutnya, perubahan sistem juga membantu melancarkan trafik semasa proses transaksi dan sebanyak tiga lorong tambah nilai dibuka untuk tujuan itu."Promosi Touch n Go dan SmartTAG dijalankan selama tiga bulan dengan rebat RM5 dan RM104.95. Kaunter khidmat pelanggan di kedua-dua arah turut dilanjutkan dari sembilan jam kepada 15 jam selepas migrasi sistem barn itu.

"Sekiranya berlaku masalah gangguan talian (offline), sistem sokongan akan digunakan yang membolehkan transaksi dilakukan seperti katanya kepada Sinar Harian, kelmarin. Katanya, meskipun tol mengaplikasikan sistem elektronik sepenuhnya namun jurutol masih dikekalkan buat sementara waktu memandangkan kad sedia ada tidak dipecahkan mengikut kelas kenderaan.

"Sekiranya sistem baru telah ditukar yang membolehkan imbasan transaksi dikesan mengikut jenis kelas, barulah pekerja-pekerja tersebut dipindahkan kebahagian bersesuaian mengikut kelayak an masing-masing. "Perubahan sistem yang dilakukan secara berperingkat ini adalah bersesuaian dengan perkembangan semasa dan sehingga semalam (Selasa) sebanyak 85 peratus pengguna telah bertukar kepada sistem elektronik hasil kempen dijalankan sejak Jun lalu," katanya.

--- Back to News Listing ---