Media Press Release

BANJIR LUMPUR: PROGRAM KOMUNITI ANIH BERHAD

Date: Tuesday, 17 November 2015
Category: Announcement



SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA


BANJIR LUMPUR: PROGRAM KOMUNITI ANIH BERHAD



Sebagai menunaikan tangunggjawab korporat kepada komuniti, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad tidak lupa kepada mereka yang terlibat dengan insiden banjir lumpur yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), KM 52.4 baru-baru ini.

Sehari selepas kejadian banjir lumpur itu, Anih Berhad yang diwakili oleh Pengarahnya Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein telah memberikan sumbangan kepada penduduk kuaters Jabatan Perhutanan Lentang yang terpaksa dipindahkan ke masjid Kampung Lentang buat sementara waktu akibat kediaman mereka yang terjejas oleh inisden tersebut. Turut hadir di sesi sumbangan tersebut adalah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dato’ Ir Haji Ismail Salleh.

Nik Fauzi berkata, walaupun kuaters Jabatan Perhutanan Lentang terletak di luar kawasan penyenggaraan ANIH Berhad, adalah menjadi tanggungajawab syarikat untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada komuniti yang tinggal berdekatan dengan kawasan operasi syarikat.

Beliau menambah, selain daripada sumbangan yang diberikan, pihak ANIH Berhad turut menganjurkan program doa selamat serta solat hajat di kesemua kawasan Rawat dan Rehat (R&R) pada 16 November 2015 di sepanjang jajaran LPT bagi memohon keselamatan para pengguna Lebuhraya. Seramai lebih 300 orang kakitangan syarikat, ahli penggerai, pekerja R&R dan orang awam telah hadir untuk menyertai program tersebut.

Diharap kerjasama ini dapat merapatkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan, kakitangan serta orang awam.

***Tamat***


Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

  1. Fazlyaton Hussein, Ketua, Jabatan Komunikasi di
    fazlyaton.hussein@alloymtd.com

  2. Hafizah Mohd Sabri, Eksekutif Kanan, Komunikasi di
    hafizah.sabri@alloymtd.com

  3. Sofia Roseli, Eksekutif Komunikasi di
    sofia.roseli@alloymtd.com


Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi
AlloyMtd Group


1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111 Fax : 03-6188 0101 Website : www.alloymtd.com

--- Back to News Listing ---