Media Press Release

Metramac tutup sementara lorong satu tol

Date: Saturday, 08 July 2006
Category: Publication - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Julai – Syarikat konsesi lebuh raya bertol untuk East-West Link Ekspressway, Metramac Corporation Sdn. Bhd. (Metramac) mengumumkan penutupan sementara lorong satu bagi Plaza Tol 4 (sempadan Petaling Jaya) dan Plaza Tol 5 (sempadan Cheras) selama empat hari berikutan kerja-kerja menaik taraf sistem tol sehingga 10 Julai ini.

Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Korporat Metramac, Fazlyaton Hussein dalam kenyataannya hari ini berkata, penutupan lorong melibatkan lorong satu bagi kedua-dua plaza tol konsesi itu di sekitar ibu negara.

“Penutupan lorong itu akan bermula pada pukul 8 pagi 7 Julai sehingga 8 malam 10 Julai ini.”

“Kenderaan berat dinasihatkan tidak menggunakan lebuh raya ini sepanjang tempoh penutupan lorong itu dan mencari laluan alternatif lain,” katanya.

Beliau berharap agar para pengguna lebuh raya tersebut mematuhi arahan papan tanda bagi melancarkan perjalanan kenderaan.

Tambahnya, sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Metramac menerusi talian 03-91732020.

--- Back to News Listing ---