Media Press Release

LEBUHRAYA PANTAI TIMUR SAMBUT TAHUN BARU CINA DENGAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA

Date: Thursday, 28 January 2016
Category: Announcement



SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA


LEBUHRAYA PANTAI TIMUR SAMBUT TAHUN BARU CINA DENGAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA



ANIH Berhad, syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) akan menawarkan diskaun tol 10 peratus sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 8 Februari ini kepada pengguna lebuh raya yang membuat bayaran secara elektronik (ETC).

Pengarah ANIH Berhad, En Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, pemberian diskaun tol itu akan bermula jam 12.00 pagi sehingga 11.59 malam pada 8 Februari. Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menyasarkan1.9 juta kenderaan yang akan menggunakan KLK dan LPT 1 sepanjang tempoh sambutan itu bakal menerima manfaat diskaun terbabit.

"Ia bagi menyambut seruan kerajaan supaya syarikat konsesi melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya. "Pemberian diskaun ini ialah kesinambungan program tanggungjawab sosial syarikat terbabit kepada pengguna jalan raya, seperti yang dilakukan pada musim perayaan lain termasuk Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.

“Justeru, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut jumlah diskaun terbabit dengan melayari portal ANIH Berhad di www.anihberhad.com atau menerusi laman Twitter di www.twitter.com/lpttrafik dan papan tanda elektronik di lokasi strategik di lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kempen Keselamatan Lebuhraya Pantai Timur (KLK dan LPT 1) dan Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Daerah Bentong, Pahang, di sini. Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Bentong, Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai merangkap Menteri Pengangkutan; pihak berkuasa dan Kumpulan Pengurusan Kanan ANIH Berhad.

Pada majlis itu, ANIH turut berkongsi maklumat yang berguna dan tips mengenai kesedaran keselamatan di lebuh raya kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Dua menerusi satu pameran khas. Menerusinya, pelajar-pelajar berkenaan diajar mengenai garis panduan yang berkaitan termasuk pengetahuan keselamatan di lebuh raya, jenis trafik dan papan tanda. Ini adalah untuk memastikan bahawa pelajar dapat mengenal pasti bahaya lalu lintas seterusnya membantu mereka untuk mengawal tingkah laku mereka berdasarkan risiko lalu lintas yang boleh wujud apabila berada di lebuh raya. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menanamkan rasa tanggungjawab di dalam hati dan minda pelajar sebagai pengguna lebuh raya di masa depan.

Sementara itu, En Nik Fauzi berkata, ANIH menjangkakan kira-kira sejumlah 1.9 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya KLK dan LPT1 dalam tempoh tujuh hari sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini berbanding sekitar 150,000 kenderaan sehari pada hari biasa.

Katanya, peningkatan jumlah kenderaan itu menunjukkan kesesakan aliran trafik akan berlaku, namun pihaknya menasihatkan orang ramai mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan bagi melancarkan perjalanan mereka. Menurutnya, pendekatan terbabit diharap dapat mengurangkan kesesakan melampau khususnya pada waktu kemuncak selain memastikan perjalanan orang ramai lancar, cekap dan selamat sampai ke destinasi.

***Tamat***


Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

  1. Fazlyaton Hussein, Ketua, Komunikasi Korporat
    fazlyaton.hussein@alloymtd.com

  2. Ahmad Farizal Abdul Hajat, Naib Presiden, Komunikasi Korporat
    farizal.hajat@alloymtd.com

  3. Hafizah Sabri, Penolong Naib Presiden, Komunikasi Korporat
    hafizah.sabri@alloymtd.com

  4. Sofia Roseli, Eksekutif, Komunikasi Korporat
    sofia.roseli@alloymtd.com


Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi
AlloyMtd Group


1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111 Fax : 03-6188 0101 Website : www.alloymtd.com

--- Back to News Listing ---