Media Press Release

Liow Tong Lai: Kematian Jalanraya Meningkat Setiap Tahun

Date: Saturday, 23 January 2016
Category: Publication - Pahang Daily



BENTONG: Kematian akibat kemalangan di jalan raya semakin membimbangkan apabila jumlahnya dilihat semakin meningkat saban tahun terutamanya menjelang musim hari perayaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, dalam 17,632 kemalangan yang berlaku pada Tahun Baharu Cina 2015, sebanyak 6,706 kematian dicatatkan dengan 199 daripadanya berlaku sepanjang tempoh 14 hari ketika Ops Sikap.

"Jumlah ini didapati meningkat berbanding jumlah 6,674 kematian yang dicatatkan pada tahun 2014. Ini bermakna pada tahun 2015 sebanyak 32 orang lagi telah meninggal di atas jalan raya sepanjang Tahun Baharu Cina.

"Purata kematian juga turut meningkat daripada 13.3 kematian sehari pada musim perayaan Tahun Baharu Cina kepada 19 kematian sehari ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas,” katanya selepas Majlis Kempen Keselamatan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) anjuran ANIH Berhad di Pusat Rawat dan Rehat (R&R) Genting Sempah, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah ANIH Berhad, Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein dan Pengarah Wilayah Timur Lebuhraya Malaysia, Noreha Mohd. Ripin.


--- Back to News Listing ---