Media Press Release

Diskaun tol 10 peratus untuk pengguna LPT sempena Tahun Baharu Cina

Date: Thursday, 28 January 2016
Category: Publication - Others



Berita baik kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) yang membuat bayaran secara elektronik (ETC), syarikat konsesi ANIH Berhad akan menawarkan diskaun tol 10 peratus sempena perayaan Tahun Baru Cina pada 8 Februari ini.

Pengarah ANIH Berhad, En Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, pemberian diskaun tol itu akan bermula jam 12.00 pagi sehingga 11.59 malam pada 8 Februari. Kira-kira 1.9 juta kenderaan yang akan menggunakan KLK dan LPT 1 sepanjang tempoh tersebut bakal menerima manfaat diskaun tersebut.

“Pemberian diskaun ini adalah program tanggungjawab sosial syarikat sempena musim perayaan selain menyahut seruan kerajaan sebagai tanda penghargaan kepada pengguna lebuh raya.” ujar beliau semasa Majlis Kempen Keselamatan Lebuhraya Pantai Timur (KLK dan LPT 1) dan Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Daerah Bentong, Pahang. Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Bentong, Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai merangkap Menteri Pengangkutan; pihak berkuasa dan Kumpulan Pengurusan Kanan ANIH Berhad.

Pada majlis yang sama, ANIH turut berkongsi maklumat yang berguna dan tips mengenai kesedaran keselamatan di lebuh raya kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Dua menerusi satu pameran khas. Para pelajar berkenaan diajar mengenai garis panduan yang berkaitan termasuk pengetahuan keselamatan di lebuh raya, jenis trafik dan papan tanda.

ANIH menjangkakan kira-kira sejumlah 1.9 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya KLK dan LPT1 dalam tempoh tujuh hari sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini berbanding sekitar 150,000 kenderaan sehari pada hari biasa. Untuk mengelakkan kesesakan trafik, ANIH telah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi melancarkan perjalanan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai jumlah diskaun layari portal ANIH Berhad di www.anihberhad.com atau menerusi laman Twitter di www.twitter.com/lpttrafik dan papan tanda elektronik di lokasi strategik di lebuh raya.

Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Tahun Baharu Cina.




--- Back to News Listing ---