Media Press Release

GANGGUAN BEKALAN AIR DAN TEKANAN RENDAH DI KAWASAN R&R GAMBANG

Date: Wednesday, 08 June 2016
Category: Announcement



SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA


GANGGUAN BEKALAN AIR DAN TEKANAN RENDAH DI KAWASAN R&R GAMBANG



Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad ingin memaklumkan bahawa berlaku gangguan bekalan air di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang Pahang, di kedua-dua hala susulan tekanan air yang rendah dan penurunan paras air kolam, sekali gus menjejaskan peniaga dan pengguna di kawasan berkenaan.

Masalah ini berlaku berikutan R&R Gambang yang terletak di kawasan berbukit dan air tidak dapat disalurkan sepenuhnya apabila paras penggunaan meningkat, terutama di hujung minggu dan cuti perayaan.

Bagi mengurangkan kesan gangguan terhadap peniaga dan pengguna, pihak konsesi LPT bagi komponen Lebuhraya KL-Karak dan LPT Fasa 1 (LPT 1) itu telah mengambil langkah segera dengan menyediakan lori tangki untuk membekalkan sumber air bersih ke kawasan berkenaan buat sementara waktu.

Sehubungan itu, ANIH Berhad juga ingin menasihati pengguna untuk menggunakan alternatif R&R dan Hentian Sebelah berikut bagi menikmati kemudahan yang disediakan :-



Hala Timur
1. Hentian Sebelah Lanchang
2. R&R Temerloh
3. Hentian Sebelah Maran
4. Hentian Sebelah Kuantan



Hala Barat
1. Hentian Sebelah Kuantan
2. Hentian Sebelah Maran



Pengguna LPT disarankan mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik bagi mengetahui perkembangan terkini status bekalan air di LPT.

Mesej turut dipaparkan menerusi papan tanda elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya bagi membolehkan pengguna membuat persediaan awal dengan berhenti di kawasan R&R atau hentian sebelah yang lain.

Walaupun kemudahan bekalan ini adalah bersifat sementara, pihak ANIH Berhad ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang bakal ditempuhi oleh pengguna.




***Tamat***


Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

  1. Fazlyaton Hussein, Ketua, Komunikasi Korporat
    fazlyaton.hussein@alloymtd.com

  2. Ahmad Farizal Abdul Hajat, Naib Presiden, Komunikasi Korporat
    farizal.hajat@alloymtd.com

  3. Hafizah Sabri, Penolong Naib Presiden, Komunikasi Korporat
    hafizah.sabri@alloymtd.com

  4. Sofia Roseli, Eksekutif, Komunikasi Korporat
    sofia.roseli@alloymtd.com


Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi
AlloyMtd Group


1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111 Fax : 03-6188 0101 Website : www.alloymtd.com

--- Back to News Listing ---