Media Press Release

Jalan Tol D ditutup sementara

Date: Thursday, 30 November 2006
Category: Publication - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Metramac Corporation Sdn. Bhd. telah menutup sebahagian Lebuh Raya Kuala Lumpur- Seremban atau Tol Jalan D (arah utara) selama tiga minggu sejak 21 November lalu.

Pengurus Kanan, Kumpulan Korporat Komunikasinya, Fazlyaton Hussein berkata, penutupan itu adalah bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf jambatan Sungai Kerayong di Rantaian D 2.2.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja tersebut tidak akan menjejas aliran trafik kerana semua lorong di kawasan berkenaan akan dibuka sepanjang masa.

“Para pengguna jalan itu dinasihati agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi semua isyarat dan papan tanda yang disediakan sebagai langkah keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Metraline di talian 03-91732020

--- Back to News Listing ---