Media Press Release

LALUAN KONTRA BAGI PENUTUPAN SEMENTARA TEROWONG GENTING SEMPAH, LEBUHRAYA KL-KARAK (8PG – 5PTG SAHAJA MULAI 10 JANUARI 2017)

Date: Friday, 06 January 2017
Category: Announcement



SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA



LALUAN KONTRA BAGI PENUTUPAN SEMENTARA
TEROWONG GENTING SEMPAH, LEBUHRAYA KL-KARAK
(8PG - 5PTG SAHAJA MULAI 10 JANUARI 2017)



Kuala Lumpur, 6 Januari 2017- ANIH Berhad akan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dalam Terowong Genting Sempah membabitkan tempoh 60 hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang mulai 10 Januari 2017.

Sehubungan itu, laluan kenderaan dalam Terowong Genting Sempah akan ditutup selama 9 jam sehari bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja berkenaan. Laluan kontra akan diaktifkan sepanjang tempoh kerja tersebut. Laluan dalam terowong akan dibuka semula seperti biasa dari jam 6 petang hingga 7 pagi.

Di bawah adalah jadual penutupan lorong dalam Terowong Genting Sempah untuk rujukan pengguna:

Nota: Sila rujuk peta laluan kontra yang disediakan.

Nota: Sila rujuk peta laluan kontra yang disediakan.


Untuk makluman, kerja-kerja penyenggaraan akan dihentikan pada cuti musim perayaan Tahun Baru Cina dan Thaipusam.

Oleh itu, semua pengguna dinasihatkan mematuhi papan tanda serta arahan yang diberikan petugas dilokasi.

Untuk sebarang maklumat, sila ikuti medium komunikasi seperti Facebook di Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter di @LPTTrafik bagi mengetahui status dan keadaan terkini serta isu-isu lain di sepanjang jajaran lebuh raya KLK dan LPT 1. Pengguna juga dinasihatkan untuk mengikuti akaun laman sosial LPT untuk merancang perjalanan. .

Mesej turut di paparkan menerusi papan tanda elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya bagi membolehkan pengguna membuat persediaan awal.

ANIH Berhad mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuh raya. Kesulitan kini adalah untuk keselesaan di masa hadapan.



***Tamat***


Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

  1. Fazlyaton Hussein, Ketua, Komunikasi Korporat
    fazlyaton.hussein@alloymtd.com

  2. Ahmad Farizal Abdul Hajat, Naib Presiden, Komunikasi Korporat
    farizal.hajat@alloymtd.com

  3. Sofia Roseli, Eksekutif, Komunikasi Korporat
    sofia.roseli@alloymtd.com


Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi
AlloyMtd Group


1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111 Fax : 03-6188 0101 Website : www.alloymtd.com

--- Back to News Listing ---