Media Press Release

KERJA-KERJA NAIK TARAF DI SEKITAR PERSIMPANGAN SALAK, LEBUHRAYA KUALA-SEREMBAN

Date: Friday, 13 January 2017
Category: Announcement



SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA



KERJA-KERJA NAIK TARAF DI SEKITAR PERSIMPANGAN SALAK, LEBUHRAYA KUALA-SEREMBAN



Kuala Lumpur, 13 Januari 2017 – Operator Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (KLS) - ANIH Berhad hari ini mengumumkan penutupan susur keluar di sekitar Persimpangan Salak, Lebuhraya KLS, secara berperingkat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf mulai 16 Januari 2017, dari jam 10 malam hingga 5 pagi.

Kerja-kerja ini dijangka siap dalam masa seminggu.

Pengguna dinasihatkan untuk mengikuti laluan alternatif yang disediakan serta mematuhi arahan papan tanda di lokasi.

Untuk maklumat trafik, sila hubungi Talian Bantuan KLS di 03-91732020.

“Justeru, dengan adanya jadual kerja ini, pengguna diharap lebih peka dan dapat merancang perjalanan khususnya pada musim cuti perayaan,” katanya.

ANIH Berhad mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuh raya. Kesulitan kini adalah untuk keselesaan di masa hadapan.



***Tamat***


Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang merangkumi komponen Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), sepanjang 250 kilometer (KM). Bermula dari Gombak di KM 19.2 Lembah Klang hingga ke Jabor di KM 250 Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban (KLS). Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

  1. Fazlyaton Hussein, Ketua, Komunikasi Korporat
    fazlyaton.hussein@alloymtd.com

  2. Ahmad Farizal Abdul Hajat, Naib Presiden, Komunikasi Korporat
    farizal.hajat@alloymtd.com

  3. Sofia Roseli, Eksekutif, Komunikasi Korporat
    sofia.roseli@alloymtd.com


Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi
AlloyMtd Group


1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111 Fax : 03-6188 0101 Website : www.alloymtd.com

--- Back to News Listing ---