Media Press Release

MTD Group bagi duit raya kepada pesakit

Date: Monday, 08 October 2007
Category: Publication - Berita Harian


ISTERI Menteri Besar, Datin Seri Junaini Kassim menyampaikan sumbangan hamper dan duit raya kepada kanak-kanak di Wad Pediatrik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA), Kuantan, semalam.

Seramai 70 kanak-kanak berusia antara satu hingga 12 tahun menerima hamper dan duit raya yang disumbangkan MTD Group. Turut hadir Pengurus Besar MTD Group, Rijaluddin Salleh. Rijaluddin berkata, sumbangan berkenaan antara lain bertujuan untuk menceriakan lagi sambutan Aidilfitri terutama kanak-kanak yang menghidap pelbagai penyakit. “Apa yang diharapkan sambutan Aidilfitri kali ini lebih ceria kepada kanak-kanak berkenaan walaupun mereka terpaksa beraya di wad. “Sumbangan ini juga antara bakti murni pihak MTD kepada masyarakat terutama menjelang Aidilfitri pada minggu depan,” katanya.

--- Back to News Listing ---