Media Press Release

MTD rai anak yatim, warga emas

Date: Thursday, 18 September 2008
Category: Publication - Sinar Harian

Temerloh: MTD Prime Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan MTD, pengendali Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya pantai Timur (LPT) meraikan 30 anak-anak yatim dan warga emas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang menerusi Program Komuniti MTD sempena Ramadhan dan Aidil Fitri, di sini.


Nik Fauzi (kanan) menyampaikan sumbangan sejadah kepada wakil kariah Masjid Mempateh pada program itu.


Naib Pengerusi Eksekutif MTD Infraperdana Berhad, Nik Fauzi Datuk Nik Hussain berkata, program itu adalah salah satu tanggungjawab sosial korporat tahunan MTD untuk menyumbang balik kepada masyarakat setempat khususnya di kawasan koridor pembangunan lebuhraya MTD.

"Adalah menjadi hasrat kami untuk cuba meliputi sebanyak mungkin kawasan di sepanjang koridor pembangunan LPT dalam setiap program komuniti kami, khususnya pada musim perayaan," katanya ketika ditemui pada program itu.
Beliau berharap menerusi program itu, warga korporat sentiasa mengingati golongan kurang bernasib baik agar mereka tidak merasa terpinggir dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri.

Katanya, program komuniti itu merangkumi projek keselamatan jalan raya terutama peninkatan trafik apabila semua warga kota pulang ke kampung.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Penerangan dan Teknologi maklumay, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menyampaikan sumbangan MTD kepada anak-anak yatim dan warga emas di sekitar DUN Lanchang.

--- Back to News Listing ---