Media Press Release

Tiada kesesakan di LPT walaupun tol percuma

Date: Friday, 25 September 2009
Category: Publication - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bergerak lancar awal pagi ini walaupun syarikat konsesi yang menguruskan lebuh raya itu mengecualikan tol keppada para pengguna laluan tersebut.

Kumpulan MTD Prime Sdn. Bhd. yang menguruskan lebuh raya itu mengecualikan bayaran tol awal pagi ini dan 18 September lalu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Juruteknik Awan Pusat Pengurusan Trafik, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Mohd. Hafiz Pidi berkata, keadaan trafik di sekitar Lebuh Raya KLK menuju ke ibu kota sepanjang insentif tersebut didapati bergerak lancar dan tiada kemalangan teruk dilaporkan hari ini.

"Hanya kemalangan kecil dilaporkan sepanjang tempoh dua hari pengecualian tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas insentif tol percuma itu, beliau berkata, rata-rata pengguna laluan tersebut berpuas hati dengan tindakan Kumpulan MTD Prime mengecualikan bayaran tol berkenaan.

View news clipping

--- Back to News Listing ---