Media Press Release

Tol percuma di LPT, Karak

Date: Wednesday, 16 September 2009
Category: Publication - Harian Metro

KUALA LUMPUR: Pengguna lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menikmati tol percuma dua hari sempena Aidilfitri bagi perjalanan pergi balik pada Jumaat dan 24 September ini.

President dan Ketua pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid, berkata pengecualian bermula dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi bagi hari berkenaan membolehkan pengguna berjimat antara RM8 hingga RM29 untuk bayaran tol pergi balik ke Kelantan, Pahang dan Terengganu.

"Langkah MTD memberi tol percuma membantu mengelakkan kesesakan di waktu puncak iaitu selepas subuh dan jam 3 petang serta menggalakkan warga kota keluar atau pulang awal sehari sebelum perayaan.

"Kami berharap pengguna menukar cara perjalanan memilih waktu yang tidak sibuk terutama pada waktu laluan tol percuma dibuka supaya perjalanan pulang menjadi selesa dan selamat.

"Laluan tol percuma sebagai menyahut seruan kerajaan supaya syarikat konsesi lebuh raya memberi insentif membantu mengurangkan beban rakyat menyambut Aidilfitri dalam suasana ekonomi yang kurang memberangsangkan," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat MTD di Kuala Lumpur, semalam.

Azmil berkata, pengecualian bayaran tol itu dianggar RM2 juta untuk tempoh dua hari dianggap bonus Aidilfitri yang juga kali pertama diberikan kepada pengguna lebuh raya itu.

Katanya, MTD menganggarkan 200,00 kenderaan sehari melalui LPT untuk pulang ke Pantai Timur, mula Jumaat ini bermula di tol Gombak dan berakhir di Jabor, Terengganu.

Menurutnya, pengikut rekod pergerakan kenderaan dijalankan MTD ketika sambutan perayaan Aidilfitri beberapa tahun lalu, kira-kira 60 peratus tertumpu kepada perjalanan di siang hari.

View news clipping

--- Back to News Listing ---