Media Press Release

Dua hari tol percuma di LPT sempena Aidilfitri

Date: Wednesday, 16 September 2009
Category: Publication - Berita Harian

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) akan menikmati tol percuma sempena Aidilfitri selama dua hari bagi perjalanan pada Jumaat ini dan 24 September, bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pengecualian bayaran tol itu membolehkan pengguna ke Kuantan, Pahang serta Kelantan dan Terengganu mendapat penjimatan RM8 hingga RM29 bagi satu perjalanan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid, berkata pengecualian tol kali pertama oleh syarikat itu membabitkan kutipan tol RM2 juta dan ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat.

"Perlaksanaan ini bagi memenuhi saranan Menteri Kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang mahu syarikat konsesi lebuh raya memberi insentif bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat menyambut Aidilfitri dalam suasana ekonomi yang kurang mengalakkan sekarang.

"Insentif ini juga sebagai hadia dan tanda terima kasih kepada pengguna lebuh raya dan menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak dalam gagasan 1Malaysia, iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," katanya pada sidang media di pejabat MTD, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md Salleh.

Azmil berkata, MTD menganggarkan kira-kira 200,00 kenderaan melalui LPTY untuk ke Pantai Timur mulai Jumaat ini bermula di tol Gombak untuk ke Kelantan, Pahang dan Terengganu.

"Mengikut rekod pergerakan kenderaan pada Aidilfitri tahun lalu, kira-kira 60 peratus tertumpu kepada perjalanan waktu siang. jadi MTD mencadangkan pengguna merancang perjalanan pada waktu malam untuk mengelakkan kesesakan," katanya.

View news clipping

--- Back to News Listing ---