Media Press Release

Tol Taman Connaught tamat Mei ini

Date: Saturday, 29 January 2011
Category: Publication - Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 28 Jan. - Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur yang dijangka berkuat kuasa Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia adalah penutupan lebih awal dari tempoh yang sepatutnya pada 2018 lanjutan daripada cadangan pengambilalihan aset-aset konsesi tersebut.

"Ini bermakna, pengguna lebuh raya tersebut tidak perlu lagi membayar tol.

"Saya difahamkan inisiatif penutupan awal tol ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuh raya tersebut.

"Inisiatif ini adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaian berhemah dalam isu tol," kata beliau pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini.

Menurut Perdana Menteri, penstrukturan tol selepas semakan semula kos pengangkutan dilakukan sebagai satu cara mengurangkan bebanan rakyat.

"Saya juga ingin menyeru agar inisiatif sebegini dapat dicontohi oleh syarikat pemegang konsesi yang lain demi kepentingan rakyat," katanya.

METRAMAC adalah pemegang konsesi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat.

View news clipping

--- Back to News Listing ---