Media Press Release

Tol Metramac Arah Cheras dan Petaling Jaya dimansuh

Date: Tuesday, 17 May 2011
Category: Publication - Kosmo!

KUALA LUMPUR – Kutipan di Plaza Tol Arah Cheras dan Petaling Jaya, Lebuh Raya Hubungan Timur Barat (Metramac) di sini dimansuhkan mulai malam tadi sekali gus meringankan beban kira-kira 100,000 pengguna terutama penduduk berhampiran.

Ia merupakan pemansuhan kutipan yang kesembilan dilaksanakan oleh kerajaan selepas Plaza Tol Teluk Kapas, Lebuh Raya Pintas Selat Kelang Utara (NKSB-Shahpadu) pada 21 Disember 2009.

Pengumuman pemansuhan kutipan tol itu dilakukan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor di Plaza Tol Arah Petaling Jaya kira-kira pukul 8.30 malam.

Pemansuhan itu dilaksanakan tujuh tahun lebih awal daripada tempoh konsesi lebuh raya itu yang sepatutnya tamat pada 31 Mei 2018.


--- Back to News Listing ---