Media Press Release

Jadual perjalanan LPT

Date: Saturday, 19 July 2014
Category: Publication - Harian Metro

Kuantan: Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad, akan mengeluarkan jadual cadangan perjalanan (TTA) kepada pengguna lebuh raya berkenaan sempena cuti Aidilfitri dalam masa terdekat ini.

Pengarah ANIH Berhad Nik Fauzi Nik Hussein berkata, jadual itu dikeluarkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan pada musim perayaan ini.

Katanya, berdasarkan kajian dilakukan, pihaknya mendapati TTA dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kepada 58 hingga 60 peratus di LPT.

"Kami mengedarkan jadual di setiap plaza tol di LPT selain menyiarkannya dalam surat khabar," katanya ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan fakir miskin di Hotel MS Garden, di sini, semalam.

Nik Fauzi berkata, pihaknya turut melakukan persediaan operasi tol dan trafik dan pada setiap musim perayaan dan dilaksanakan mengikut jadual operasi semasa.

"ANIH akan melakukan tambahan 15 peratus bagi pekerja dan kelengkapan di setiap tol.

"Penambahan syif peronda dan trak tunda serta tandas di setiap hentian juga akan diperbanyakkan di setiap hentian," katanya.

--- Back to News Listing ---