Media Press Release

ANIH raikan 50 anak yatim

Date: Saturday, 19 July 2014
Category: Publication - Harian Metro



Kuantan : Kegembiraan jelas terpancar pada 50 kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim dan Miskin D'Nasti dan Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, di sini, apabila diraikan ANIH Berhad iaitu pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kelmarin.

Semua anak yatim yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu dibawa kakitangan ANIH Berhad ke sebuah pusat beli-belah, di sini, untuk membeli kelengkapan raya termasuk pakaian sebagai menyambut Aidilfitri.

Pengarah ANIH Berhad Nik Fauzi Nik Hussein berkata, pemilihan dua rumah anak yatim dan miskin itu antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan ANIH Berhad untuk membantu clan meraikan golongan memerlukan khususnya di kawasan koridor pembangunan LPT.

Beliau berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM200 setiap seorang untuk membeli kelengkapan hari raya.

"Kami mengadakan program ini kerana berasa ia penting untuk meneruskan tradisi membantu golongan memerlukan terutama anak yatim dan pada masa sama, kami ingin berkongsi kegembiraan bersama mereka," katanya.

Selain membawa anak yatim memilih pakaian raya, 50 kanak-kanak itu juga diberikan duit raya dalam majlis berbuka puasa yang diharap dapat menceriakan mereka.

Bagi Norhayati Hussin, 11, dia teruja apabila diberi peluang untuk memilih pakaian raya sendiri dengan pemberian RM200 setiap seorang.

"Saya berterima kasih kepada ANIH Berhad yang prihatin dan pemberian ini membantu saya mendapatkan pakaian baru untuk dipakai pada Aidilfitri nanti," katanya.

Sementara itu, Mohd Isolihin Mohd Sani, 12, berkata, dia bersama rakan gembira kerana dapat berhari raya dengan pakaian baru.

"Bukan saja memakai pakaian baru, malah diraikan dalam majlis berbuka puasa di hotel begitu bermakna buat saya dan rakan lain," katanya.

--- Back to News Listing ---