Media Press Release

Anih Berhad Rai Anak-Anak Yatim

Date: Thursday, 24 July 2014
Category: Publication - Utusan Malaysia


NIK Fauzi Tan Sri Nik Hussein (belakang, tengah) dan kakitangan ANIH Berhad bergambar bersama anak-anak yatim pada program amal Hari Raya Aidilfitri di Kuantan, Pahang baru-baru ini.


PENGENDALI konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad mengadakan program amal Hari Raya Aidilfitri bersama 50 kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim dan Miskin serta Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman di Kuantan Baru-baru ini.

Sebelum majlis berbuka puasa, kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun itu dibawa ke pusat beli-belah untuk membeli persiapan hari raya oleh 20 warga kerja syarikat itu.

"Program ini adalah inisiatif tahunan kami di LPT dan adalah penting untuk meneruskan tradisi ini demi membantu golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim.

"Kami memperuntukkan sebanyak RM200 bagi setiap anak yatim untuk membeli persiapan Hari Raya Aidilfitri. Pihak syarikat ingin berkongsi kegembiraan dan berharap ia dapat memberi manfaat kepada anak-anak yatim ini," kata Pengarah ANIH Berhad, Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein.

Yang turut hadir Pengarah Wilayah Timur, Lembaga Lebuhraya Malaysia Timur, Noriha Derin.

--- Back to News Listing ---